Saturday 11 April 2015

ciri ciri pelajar cemerlang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kali ni saya nak kongsi ciri-ciri pelajar cemerlang :)

mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul
- Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kira ketika bersama keluarga, guru mahupun rakan-rakan. Sebagai contoh, pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka. Mereka juga sentiasa berlapang dada untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Sifat sombong dan angkuh tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang pelajar yang cemerlang. Mereka sentiasa mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih kasih dalam pergaulan dengan membeza-bezakan bangsa, agama dan prestasi akademik kerana menyedari bahawa setiap manusia adalah sama di sisi Allah. Sahsiah dan peribadi pelajar yang cemerlang yang unggul disenangi oleh orang di sekelilingnya kerana mereka tetap bergaul mesra kerana tidak bersikap seperti kera sumbang. Oleh itu, jelaslah bahawa pelajar cemerlang mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul

sentiasa mengikut ajaran agama
- Setiap agama di dunia ini menganjurkan manusia melakukan kebaikan tidak kiralah agama Islam, Kristian, Hindu mahupun Buddha. Pelajar yang cemerlang sentiasa menjadikan agama sebagai panduan hidup. Agama menjadi landasan yang paling ampuh dalam membentuk diri pelajar yang cemerlang seperti kata seorang cendekiawan, permulaan hidup seseorang manusia adalah mengenal Tuhan dan agamanya. Pelajar yang cemerlang akan sentiasa mempunyai nawaitu yang suci dalam setiap tindakan yang dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, seorang pelajar Islam yang cemerlang sentiasa menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah iaitu dengan menunaikan solat serta sentiasa berdoa untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, jelaslah bahawa agama menjadi pegangan pelajar yang cemerlang agar mereka tidak terpesong daripada matlamat sebenar hidup di dunia ini serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

menyedari hakikat bahawa masa itu emas dan tidak mensia-siakan setiap saat yang dimilikinya
- sentiasa mengisi masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku, mengulang kaji pelajaran, dan beriadah. Mereka juga menyediakan jadual aktiviti harian yang fleksibel agar aktiviti yang mereka lakukan seimbang daripada aspek jasmani dan rohani. Penyediaan jadual aktiviti harian amat penting bagi memastikan pelajar tidak hanya menghabiskan masa selama 24 jam di meja belajar sahaja. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan mereka dengan membaca buku sekiranya mempunyai masa yang terluang. Hal ini demikian kerana, mereka menyedari melalui pembacaan, mereka akan dapat meluaskan horizon pemikiran mereka dan seterusnya menjadikan diri mereka seorang pelajar yang cemerlang. Mereka juga sentiasa menyiapkan setiap tugasan yang diberi dan tidak menangguhkannya. Mereka juga tidak mengamalkan sikap seperti pahat dengan penukul dalam proses menuntut ilmu. Oleh hal yang demikian, jelaslah kepada kita semua bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa bijak dalam mengisi setiap saat dan minit dalam kehidupan mereka agar tidak berakhir dengan penyesalan.

sentiasa memberikan tumpuan ketika guru sedang mengajar
- perhatian dan tumpuan yang diberikan menjadi salah satu medium pembentukan pelajar yang cemerlang di samping meningkatkan pemahaman mengenai subjek yang dipelajari. Sebagai contoh, seseorang pelajar haruslah memberi sepenuh perhatian dan fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Mereka harus menghargai setiap detik waktu dalam proses tersebut kerana masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya,maka ia akan memotong kita. Tumpuan dan perhatian pelajar di dalam kelas sahaja menjadi salah satu ciri pelajar cemerlang malahan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam sesuatu subjek yang dipelajari. Tambahan lagi, sekiranya mereka menerapkan ciri yang berikut dalam diri mereka, mereka akan disenangi oleh para guru. Para guru akan berasa senang hati ketika mengajar seterusnya memberi keberkatan kepada pelajar tersebut untuk memperoleh kejayaan dalam pelajaran, peperiksaan bahkan dalam kerjaya mereka pada masa akan datang. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa memberikan tumpuan semasa guru sedang megajar di dalam kelas.

mempunyai wawasan hidup
- wawasan hidup diperlukan supaya mereka sentiasa dapat mencapai segala cita-cita dalam hidup mereka. Sebagai contoh, mereka yang cemerlang sentiasa mempunyai sasaran dalam peperiksaan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Selain itu, wawasan hidup mampu mengajar mereka erti berdisiplin dan bertanggungjawab dalam hidup berikutan mereka akan lebih teliti dan kreatif dalam menyusun masa belajar dan melakukan aktiviti seharian. Wawasan hidup merupakan ciri dominan pada diri pelajar cemerlang kerana apabila mereka berwawasan, mereka sentiasa berusaha gigih kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Pelajar yang mempunyai wawasan juga lebih mengetahui hala tuju kehidupan serta tidak mudah berputus asa dalam kehidupan mereka. Walaupun mereka mungkin menemui kegagalan dalam sesuatu perkara, mereka tidak akan mudah bersedih malahan menjadikan kegagalan tersebut sebagai batu loncatan untuk berusaha dengan lebih gigih pada masa hadapan. Wawasan hidup juga mampu menjauhkan diri daripada sifat menangguhkan kerja dalam kalangan pelajar cemerlang. Setiap pekerjaan haruslah dilakukan hingga selesai, bak kata peribahasa, alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Sifat negatif tersebut tidak akan lagi menjadi penghalang kepada diri mereka dalam menempa kejayaan hidup. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pelajar yang berwawasan merupakan pelajar yang cemerlang

sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
- melalui aktiviti kokurikulum di sekolah, bakat dan kebolehan para pelajar akan terserlah dan dapat terus digilap untuk mencapai kejayaan. Tamsilannya, para pelajar akan sentiasa melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang diadakan oleh unit beruniform, serta kelab dan persatuan seperti berkawad dan berkhemah. Dalam konteks ini, para pelajar bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan mereka malah turut dapat mencerdaskan otak mereka kerana otak yang cerdas lahir daripada badan yang cergas. Para pelajar juga haruslah menyertai sebarang pertandingan bagi mengenal pasti potensi diri sama ada melalui unit beruniform mahupun akademik. Contohnya, pelajar yang cemerlang akan menyertai pertandingan yang dapat menguji minda serta pemikiran mereka seperti pertandingan perbahasan, forum dan catur. Oleh hal yang demikian, setiap pelajar perlu bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan seimbang.

Friday 16 January 2015

new adidas boots 2015

The next-generation Adidas F50 Adizero 2015 Football Boots will be already released in January 2015. In Summer 2014, blackout prototypes of the new Adidas F50 Adizero 2015 Soccer Cleats were worn by Luis Suárez, Alberto Moreno, Montoya and Munir in training, providing the first look at the totally new 2015 Adizero Boot, which features a totally new position for the 3 stripes.


The high-res pictures of the black-out Adidas Adizero 2015 Boots already revealed several features of the new generation. Our friends from Só Chuteiras present us further details of the next-generation Adidas F50 Adizero Cleats, which will be launched with a red paint job. Thanks toYunalaska, Só Chuteiras, F Football and Siamboots for the info.

ADIDAS F50 ADIZERO 2015 BOOT SOLAR RED / WHITE / BLACK

This is the new Adidas Adizero 2015 Football Boot.
The first colorway of the next-generation Adidas F50 Adizero Boot is Solar Red with a black reflecting Ghost Graphic all-over print. To create a totally new look, Adidas re-arranged the position of the famous 3 stripes. Usually placed on the upper of the boot, the new 2015 Adidas Adizero Boot comes with revolutionary white 3 stripes on the tongue and the heel, which are continued on the totally new outsole. On the instep is a white Adidas Perfromance logo.

The upper of the new Adidas Adizero 2015 Boot is made from a single-layer Hybridtouch for optimal ball contol. For better ball control at high-speed in all-weather conditions, the new Adidas F50 Adizero 2015 Shoe features an all-over 3D dribbletex structure creating a snake-skin like upper effect on the whole upper. 



While recent Adidas F50 Adizero Boots featured a traditional stud pattern, the new 2015 F50 Adizero Boots will introduce a totally new outsole. The new ultralight outsole features just 3 studs in the heel area with a single centre stud.

The new Adidas F50 Adizero 2015 Football Boots will be available from January 2015.

Sunday 30 November 2014

Leago smartfhone

LEAGOO Smart Phone 2014-09-02
LEAGOO Lead 1 is going to be officially launched in Malaysia on Sept. 16th, 2014
Nowadays, science and technology play an important role in our daily life, various kinds of smart phones emerged into the
market, it’s a good opportunity but also a big challenge. LEAGOO, which focus on stable quality, competitive price and best user
experience, achieves good response in the market as soon as the brand and new products released. Based on the long-term
accumulation in the mobile communication industry, LEAGOO released the first smart phone --- Lead 1 on April, 2014. Then
Lead 2, Lead 3 and Lead 4 have been launched in a short time to meet the different demand for the end users.
 
LEAGOO brand philosophy is “Practical, Affordable and Stylish”, LEAGOO is committed to provide the best product quality, best
user experience and best after-sale service to all the users. “Leading… Going…” is LEAGOO’s brand culture, it means that
LEAGOO members will set strict demands on themselves, keep innovating, improving and surpassing.
 
September 16th is the Hari Malaysia, LEAGOO selects this day to set up LEAGOO Malaysia to show the respect and recognition
to Malaysia culture. Malaysia is the fifth overseas company of LEAGOO after Spain, America, Russia and Romania.
 
Along with the establishment of LEAGOO Malaysia, LEAGOO will provide more thoughtful service to the end users in Malaysia
and the cities around. LEAGOO will stick to make the most stable and most charming smart phones for you!
 
LEAGOO Lead 1
 
LEAGOO Lead 1 is 5.5 inch IPS screen with only 5mm metal frame. With the OGS full lamination technology, Lead 1 is thinner,
lighter and more comfortable; the thin frame brings a wonderful screen experience. With the HD 1280*720 dpi, you can enjoy a
real and vivid effect; you will not miss any details.
 
Lead 1 has many different gestures and no-touch turning page function. These simple and humanized settings will bring the end
users best and most convenient experiences.
 
 
[Lead 1 – Specification]:
OS: Android 4.4.2 (KitKat)
CPU: 1.3GHz Quad Core CPU
Display: 5.5 inch IPS, 1280*720 HD, OGS full lamination
Camera: Rear camera 8MP Sony IMX219, autofocus / Front camera 3MP
Memory: 1GB RAM / 8GB ROM
Others: Bluetooth 4.0, Dual SIM Dual Standby, support GPS and WIFI
Size: 156*76.8*6.9mm
Weight: 145g
Color: Black
Price: RM699
 
LEAGOO Lead 2
 
LEAGOO Lead 2 is 5 inch screen; you could not only enjoy the big screen but also can be controlled by single hand. IPS screen,
960*540dpi, 267ppi, 1.3GHz Quad Core CPU, all for these could make sure the best experience, no matter what you want to do:
take a photo, watch a film or play a game. Lead 2 shows its best sides!
 
The beautiful body comes from aluminum frame and good structure. Details will bring you wonderful feeling.
 
 
[Lead 2 – Specification]:
OS: Android 4.4.2 (KitKat)
CPU: 1.3GHz Quad Core CPU
Display: 5.0 inch IPS, 960*540 QHD
Camera: Rear camera 8MP Sony IMX219, autofocus / Front camera 3MP
Memory: 1GB RAM / 8GB ROM
Others: Bluetooth 4.0, Dual SIM Dual Standby, support GPS and WIFI
Size: 145.3*71.2*6.9mm
Weight: 135g
Color: Black, White
Price: RM499
 
LEAGOO Lead 3
 
How much will you pay for a Quad Core smart phone? I believe that Lead 3 will tell you a different story - 1.3GHz
Quad Core CPU, MTK6582, 4.5 inch QHD display, ultra-thin design, it’s difficult to imagine that the price for such
a powerful smart phone is so reasonable.
 
When you hold the Lead 3 on your hand, Quad Core will be redefined.
 
 
[Lead 3 – Specification]: 
OS: Android 4.4.2 (KitKat)
CPU: 1.3GHz Quad Core CPU
Display: 4.5 inch IPS, 960*540 QHD
Camera: Rear camera 5MP / Front camera 2MP
Memory: 512MB RAM / 4GB ROM
Others: Bluetooth 4.0, Dual SIM Dual Standby, support GPS and WIFI
Size: 133.1*66.6*8.2mm
Weight: 135g
Color: Black, White, Red, Blue
Price: RM299
 
LEAGOO Lead 4
 
Lead 4 is a delicate and simple smart phone with a comfortable 4 inch screen. Dual SIM Dual Standby, making a call or surfing
on the Internet will not be distracted. Life is life, work is work, enjoy every moment of your life!
 
Lead 4 has a very competitive price with many powerful functions. Lead 4 is more powerful than your imagine.
 
 
[Lead 4 – Specification]: 
OS: Android 4.2
CPU: 1.0GHz Dual Core CPU
Display: 4.0 inch LCD, 800*480
Camera: Rear camera 5MP / Front camera 2MP
Memory: 512MB RAM / 4GB ROM
Others: Bluetooth 3.0, Dual SIM Dual Standby, support GPS and WIFI
Size: 122*63.5*9.5mm
Weight: 115g
Color: Black, White
Price: RM199
 
More LEAGOO Malaysia info, please check: www.leagoo.com.my

Saturday 27 September 2014

Aadidas boots

ADIDAS ADIPURE 11PRO 2 SOLAR BLUE / RUNNING WHITE / BLACK

This is the new blue Adidas Adipure boot.



The new Adidas Adipure 11pro 14-15 Boot Colorway is rather classical compared to the striking battle pack boot design. Alongside the main color blue and white Adidas stripes, it comes with a special pattern on the heel.

The upper of the Adidas Adipure 11pro 2 Boot is made from super soft Taurus leather, designed for perfect control and comfort. Orange and blue studs complete the look of the new Adidas Adipure II 2014 Soccer Cleat.



Designed for control, the new Adidas Adipure 11pro 2 Boot is the Adidas Heritage Silo. Players to wear the new blue 2014 Adipure Boot are Hernanes, Philipp Lahm, Ezequiel Garay and Diego López.

Wednesday 23 July 2014

pantun-pantun raya



Pantun 1:
Membeli mercun di Kedai Pak Ali,
Bermain mercun di tengah padang,
Bila bermain bising sekali,
Di kejar Pak Abu dengan parang.

 
Pantun 2:
Membeli diesel di kedai Ah Seng,
Untuk diisi di dalam pelita,
Baik si skema mahupun samseng,
Mohon ampun maaf dipinta.

 
Pantun 3:
Bila diumum esok nak raya,
Semua kanak-kanak beriye-riye,
Di hari raya semua bergaya,
Jangan lupe tutup aurat ye.

 
Pantun 4:
Pulang ke kampung di pagi raya,
Kampung terletak di Taman Kemboje,
Mendapat sampul di pagi raya,
Eh Pak Ngah, 2 ringgit je?.

 
Pantun 5:
Bile nak raya tertanya-tanya,
Tiada anak bulan, maka rayanya lusa,
Banyak bicara banyak dosanya,
Wahai rerakan, maafkan saya.


Pantun 6:
Sang Teruna berbaju melayu,
Sang Dara berbaju kebaya,
Wahai si gadis yang ayu,
Jom kahwin lepas raya.

 
Pantun 7:
Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

 
Pantun 8:
Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

 
Pantun 9:
Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

 
Pantun 10:
Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Monday 21 July 2014

Fadhilat Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim
Fadhilat Ramadhan

Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Friday 11 July 2014

kelebihan surah al-baqarah

Antara kelebihan surah Al baqarah seperti yang telah di sabdakan oleh Rasulullah SAW:

1.      Rumah yang di bacakan surah Al baqarah tidak akan dimasuki syaitan

Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Muslim dan An-Nasa-I meriwayatkan dari Suhail bin shalih, dari ayahnya, dari abu hurairah bahawa Rasulullah SAW  bersabda :

“ Janganlah kamu menjadikan rumah kamu sebagai kuburan,sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan “ At tirmidzi mengatakan : hadis ini hasan sahih

Syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al Baqarah.

Dari Abdullah bin Mas’ud, ia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :

“ Semoga aku tidak mendapatkan salah seorang daripada kamu meletakkan salah satu kakinya diatas kaki yang lain sambil menyanyi dan meninggalkan surah Al Baqarah tanpa membacanya, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al baqarah. Sesungguhnya rumah yang paling kosong adalah rumah yang hampa dari kitab Allah ( Al-Quran ) “
 Hadis riwayat An-Nas-I dalam kitab al-yaum wa al-lailah

Abdullah bin Mas’ud mengatakan : Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari surah Al baqarah iaitu ayat ;

-        Surah Al baqarah ayat 1-5
-        Ayat kursi dan 2 ayat berikutnya
-        Surah Al Baqarah ayat 284-286

Maka syaitan tidak akan masuk kerumahnya pada malam itu.

Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa dia dan keluarganya tidak akan didekati syaitan dan apa yang dibencinya ( binatang buas seumpamanya ). Dan tidaklah ayat ini jika bicakan kepada orang gila akan membuatkannya sadar.

2.       Malaikat bersama dengan orang yang membaca surah Al baqarah

Ini merupakan salah satu fadhilat dan  kelebihan surah Al baqarah kepada pembacanya. Al Bukhari meriwayatkan dari Al-laits, dari yazid bin Al-Haad, dari Muhammad bin Ibrahim, dari Usaid bin Hudhair :

“ Pada suatu malam dia membaca surah Al-Baqarah sementara kudanya ditambat berhampiran dengannya. Tiba-tiba kudanya itu pun berputar-putar. Ketika Usaid berhenti membaca, kudanya itu pun kembali tenang. Kemudian Usaid membacanya kembali dan kudanya itu pun  kembali bergerak dan berputar-putar. Tatkala dia berhenti membaca, kudanya kembali diam. Kemudian dia membacanya lagi, kudanya itu pun bergerak dan berputar-putar. Maka dia pun berhenti membacanya sedangkan puteranya  Yahya berada berhampiran kuda tersebut. Oleh kerana berasa bimbang dan kasihan kuda itu akan memijak anaknya, dia pun mengambil anaknya seraya penglihatannya mengadap ke langit dan dia melihat satu bayangan putih ( berkelip-kelip ) sampai dia tidak melihatnya lagi.

Ketika pagi menjelang, dia pun menceritakan perihal tersebut kepada Rasulullah SAW. Rasulullah bersabda :

“Wahai putera Hudhair, baca terus” Dia menjawab “ Ya Rasulullah, aku merasa bimbang kepada Yahya kerana dia berada dekat dengan kuda tersebut. Kemudian aku mengangkat kepalaku dan melihat ke langit, tiba-tiba aku melihat seperti suatu bayangan yang mirip lampu-lampu. Setelah itu aku keluar rumah dan melihatnya sampai aku tidak melihatnya lagi.”

“Tahukah engkau apa itu “ Tanya Rasulullah. “ Tidak “ Jawabnya.

Beliau pun bersabda “ itulah malaikat yang mendekatimu untuk mendengar suara bacaanmu. Seandainya kamu terus membacanya  (sampai pagi ), nescaya pagi ini manusia akan dapat melihatnya tanpa terhalang.

3.       Mendapat syafaat ketika di padang mahsyar.

Surah Al baqarah dan surah Ali’- Imran dipanggil surah az-Zahrawain yang apabila dibaca akan mendapat syafaat di padang mahsyar kelak.  Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Umamah, dia berkata:

“ Aku pernah memdengar Rasulullah bersabda: “ Bacalah Al-Quran kerana Al-quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di Akhirat kelak. Dan bacalah az-Zahrawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali’-Imran, kerana kedua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah keduanya bagai tompokan awan, atau 2 bentuk payung yang menaungi, atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Keduanya akan berdalih untuk membela pambacanya di hari kiamat. “

4.      Mengelak dari terkena sihir

Kemudian beliau bersabda lagi “ Bacalah Al-Baqarah kerana membacanya akan mendatangkan berkah dan meninggalkanya bererti penyesalan. Dan para tukang sihir tidak akan sanggup menjangkaunya ( si pembaca )” Kedua hadis diatas juga diriwayatkan oleh Muslim dalam kitabnya As-shalah.

Dalam sahih bukhari dan muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah membaca kedua-dua surah itu dalam satu rakaat.

Membaca dan mendengar bacaan Surah Al baqarah dengan terjemahan adalah salah satu dariMajlis zikir

Sumber : Dipetik dari kitab Tafsir Ibnu Katsir
3) Nenek Ibah dan Tok Walid juga telah menghadiahkan sebuah radio warna putih yang sangat bermakna buat kami sekeluarga kerana radio inilah kami akan putarkan ayat suci Al-Quran... 24 jam!!! sepanjang masa..... tak kira kami keluar ke balik kampung ke...tetap kami putarkan..CD yang kami putarkan ialah bertajuk Al Manzil kerana ia dipercayai akan melindungi rumah daripada manusia dan syaitan yang berniat jahat..... tetapi semuanya tetap kami berserah kepada Allah SWT... Insayallah